.
Ayat dan Terjemahannya:
.
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Qul hu-wal-la-hu a-had
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.
اللَّـهُ الصَّمَدُ
Al-lah hus-sho-mad
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Lam ya-lid wa-lam yuu-lad
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
.
.
.
Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.
1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
.
.
2. Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada
Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka
bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
.
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
,
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
.
.
3. Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas
satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga
Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran
seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala
seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
.
.
4. Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa
membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan
kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya
dari pahala seperti pahala syuhada.”
.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib).
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
.
.
5. Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
.
.
6. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama
ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh),
perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
.
“Sesiapa
membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat
memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
.
.
7. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali,
kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
.
.
8. Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
.
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
.
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau
bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua
ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya
bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si
ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si
ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari
ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas
3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya
berada di dalam syurga sekarang.”
.
Subhanallah, hanya sekadar surah yang
begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka
eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa
jua perkara yang kita lakukan.
.
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak
akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan
sungguh-sungguh.”
.
.
9. Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka
dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan
selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar